Saturday 18 January 2014

Experiment air ZAMZAM yg ohsem!

Actually, kitorang diberi tugasan untuk mengira specific heat capacity of water. tpi, group kitorang yg ingin mencuba sesuatu yang baru. dimana kami mengubah air biase(air tapisan coway) kepada air zam zam tanpa pengetahuan lecturer kami. bijak sangat kan. eheh! :D

ok. maka experiment pun bermula. Dengan menggunakan dawai nikrom dan tempat khas dalam kotak. (eh mcm saspen pulak) Experiment ada 3 stage.
  1. ukur suhu sebelum pemanasan
  2. ukur suhu sewaktu pemanasan
  3. ukur suhu selepas pemanasan
ok. resultnya, kalau untuk air biasa:
  1. untuk stage first biasenya akan naik sikit je
  2. untuk stage second, memang suhu air naik mendadak
  3. untuk stage ketiga suhu akan turun pelan2.
itu untuk air biasa. yang group kitorang buat tanpa kebenaran ini, experiment air ZAMZAM. dengan senyap2 kitorang masukkan air zamzam dalam kotak tu. ok. jadi inilah result yg kitorang dapat dari experiment air ZAMZAM yang ohsem!
  1. first stage suhu air zamzam memang tak menaik sikit pun
  2. second stage. okay suhu dia naik la sikit. dalam 0.1 darjah celcius setiap 2 minit. tu pun lepas kitorang dah naikkan voltage sebanyak 7[V]
  3. third stage. time selepas pemanasan, should be suhu turun la kan. tpi, yg ohsemnya suhu air ZAMZAM tak turun! malah makin naik! naik naik naik. sampai berpuluh2 minit kitorang tunggu untuk suhu turun, tpi tak turun2. sungguh ohsem!
apa yang dapat disimpulkan, Experiment untuk mengira heat capacity air zamzam sgt mengagumkan. betapa hebatnya ciptaan Allah S.W.T. air yang tidak akan putus sumbernya. time second stage tu, dah rasa pelik and ohsem dah. suhu sikit sgt naik. time tu terfikir la jugak. ada ke air zamzam panas? ataupun air zamzam dibuat sebagai ais? kehebatan air zamzam sgt ohsem dimana didalamnya ada banyak mineral yang amat diperlukan dalam badan kita. amat bagus untuk kesihatan! jadi, result last yang kitorang dapat untuk specific heat capacity untuk air zamzam ialah 69.8(J/kg.c) sekadar ingin berkongsi